Perlindungan Hayat adalah salah satu keperluan kewangan yang sangat penting didalam kehidupan. Diantara ciri-ciri perancangan kewangan yang seseorang individu perlu ada perlu merangkumi:
- Wealth Accumulation (Pengumpulan Kekayaan)
- Wealth Protection (Perlindugan Kekayaan)
- Wealth Distribution (Pembahagian Kekayaan)
Berdasarkan ciri utama diatas, Keperluan Wealth Protection oleh setiap individu adalah berbeza bergantung kepada gaya hidup dan status kewangan seseorang. Tetapi, pada pandangan saya terdapat keperluan asas (Basic Insurance) yang setiap individu perlu didalam Perlindungan Hayat mereka iaitu Medical & Health.
Didalam pelan PruBSN Takaful - PruBSN Link Series ianya menawarkan pelan perlindungan yang komprehesif. Pelan PruBSN Link Series adalah pelan komprehensif yang menawarkan benefit 3 in 1 didalam satu polisi. Tiga benefit utama yang ditawarkan adalah:
- Medical Kad
- Pampasan
- Simpanan
Bagaimana manfaat yang terkandung dalam Pelan PruBSN link series dapat memenuhi keperluan kewangan anda?
1. Manfaat Medical Kad
Melalui manfaat Medical Kad, anda tidak perlu risau lagi dengan kos perubatan yang sangat tinggi. Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan perubatan akan ditanggung oleh Pengendali Takaful (Syarikat Insurans).
Ramai diantara individu yang mengabaikan kepentingan Perlindugan Hayat ketika usia muda kerana beranggapan bahawa perbelanjaan perubatan mereka akan ditanggung oleh Majikan. Memang betul, tetapi perbelanjaan perubatan hanya akan ditanggung selagi anda berkhidmat dengan majikan.
Selepas anda mencapai usia persaraan, anda perlu menanggung perbelanjaan perubatan dengan kos yang sendiri. Pada julat usia inilah anda lebih berisiko tinggi untuk diserang penyakit yang berbahaya.
Selain itu, sesetengah majikan menawarkan benefit perubatan pada nilai - nilai tertentu. Contohnya, perbelanjaan perubatan sebanyak RM6,000 setahun. Oleh itu, dengan adanya manfaat Medical Kad, anda mempunyai perlindungan tambahan sekiranya anda memerlukan perbelanjaan perubatan yang melebihi apa yang ditawarkan oleh majikan anda.
2. Manfaat Pampasan
Diantara manfaat pampasan yang ditawarkan didalam Pelan PruBSN link series termasuklah manfaat:
Jenis Pampasan
|
Manfaat
|
Kematian
|
Jika berlaku kematian semasa
tempoh polisi. Waris anda akan diberikan wang pampasan yang boleh digunakan
bagi meringankan beban kewangan mereka. Nilai wang pampasan ini adalah
berdasarkan nilai sum assured atau maturity benefit yang mana satu lagi
tinggi.
Pampasan yang diberikan juga
dapat membantu meringankan keluarga anda dalam menyelaraskan kehidupan mereka
seperti membayar hutang tertunggak atau memberi kelegaan sebelum isteri anda
yang hanya suri rumah tangga sebelum ini mendapatkan perkerjaan baru.
|
Penyakit Kritikal
|
Jika anda disahkan menghidap salah
satu daripada 36 penyakit kritikal. Anda akan dibayar wang pampasan
bergantung kepada nilai sum assured.
Wang ini boleh digunakan untuk
membayai perbelanjaan dan menanggung kehidupan anda jika anda diberhentikan
kerja.
|
Kematian Kemalangan/Kecacatan
Kekal
|
Jika berlaku kematian disebabkan
kemalangan. Waris anda akan diberikan wang pampasan untuk meringakan beban
kewangan mereka.
Jika anda mendapat kecacatan kekal
akibat berlaku kemalangan, anda juga akan turut dibayar wang pampasan
|
3. Manfaat Simpanan
PruBSN Link Series juga menawarkan manfaat simpanan. Manfaat simpanan ini boleh dijadikan sebagai simpanan tambahan yang boleh digunakan ketika persaraan. Selain itu manfaat simpanan ini beguna sebagai dana kecemasan untuk membayar premium jika anda mempunyai masalah kewangan untuk menjelaskan premium bulanan. Ini dapat mengelakkan polisi anda daripada dihentikan.
Secara keseluruhannya, Pelan Perlindungan Hayat PruBSN Link Series menawarkan perlindungan yang komprehensif yang dapat memenuhi keperluan perlindungan seseorang individu.