Apa Itu Takaful

Kepada mereka yang tertanya apa itu Takaful?  Takaful ni adalah kontrak yang menyamai seperti Kontrak Insurans  yang mana ianya memberi perlindungan terhadap perkara yang di insuranskan (perils). Secara Amnya perlindungan yang ditawarkan adalah Perlindungan Am (General Insurance) dan Perlindungan Hayat (Life Insurance) . Apa yang membezakan Kontrak Takaful dan Insurans adalah adalah Takaful mematuhi perkara-perkara yang ditetapkan di dalam Keperluan Shariah.


Perbezaan diantara Insurans dan Takaful?

Antara perkara yang jelas yang terdapat di dalam Kontrak Insurans adalah terdapatnya elemen-elemen seperti Riba, Gharar dan Maysir yang mana menurut islam elemen ini menyebabkan jatuhnya hukum Haram. Manakala didalam Kontrak Takaful, ianya bebas (free from) daripada elemen-elemen ini.

Riba ditakrifkan sebagai faedah / keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti pinjaman. Gharar merujuk kepada ketidakpastian dan Maysir merujuk kepada unsur-unsur perjudian atau mendapat keuntungan tanpa bekerja. 

Diantara perbezaan lain yang jelas yang membezakan diantara Kontrak Takaful dan Kontrak Insurans adalah dari segi modus operandi. Didalam Kontrak Takaful, risiko akan dikongsikan bersama dengan ahli. Manakala di dalam Kontrak Insurans, risiko akan dipindahkan kepada Syarikat Insurans. Ini bermaksud didalam Kontrak Takaful ia berlandaskan kepada konsep bantuan bersama di kalangan sekumpulan orang. Konsep takaful adalah berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan persaudaraan di kalangan ahli.


Dalam Kontrak Takaful , ahli bersetuju untuk mendermakan sebahagian  atau semua sumbangan beliau untuk memenuhi tanggunjawab dalam tolong-menolong dan bersama - bersama dijamin. Jumlah yang didermakan akan digunakan untuk membayar tuntutan. Sekiranya jika ada lebihan dana selepas menolak semua tuntutan , perbelanjaan dan rizab selepas akhir tahun kewangan. Jumlah lebihan akan diagihkan antara peserta dan pengendali takaful berdasarkan perkongsian keuntungan yang dipersetujui (Mudharabah ).


Didalam Kontrak Insurans, risiko dipindahkan kepada Syarikat Insurans bersama dengan premium. Premium yang dibayar secara bulanan akan menjadi hak milik Syarikat Insurans manakala dalam Kontrak Takaful, Takaful Operator hanya berperanan sebagai pengurus dana. Sekiranya selepas berakhir tahun kewangan dimana ada lebihan dana selepas ditolak dengan semua tuntutan, perbelanjaan dan rizab. Lebihan dana ini itu akan menjadi hak milik Syarikat Insurans berbanding didalam Kontrak Takaful ianya akan diagihkan bersama ahli bergantung kepada nisbah perkongsian keuntungan (Profit Sharing)


Kesimpulanya, Kontrak Takaful mengandungi ciri - ciri utama seperti berikut:
  1. Risiko dikongsi di kalangan peserta, tidak diambil alih oleh syarikat itu
  2. Peranan operator Takaful sebagai pemegang amanah peserta untuk menguruskan operasi perniagaan
  3. Semua sumbangan yang terkumpul dalam dana takaful untuk membayar manfaat takaful
  4. Dana Takaful hanya boleh dilaburkan dalam instrumen yang diluluskan Syariah
Perlindungan yang terkandung didalam Takaful termasuklah Perlindugan Am (General Insurance) dan Perlindugan Hayat (Life Insurance). Perlindungan Am ini adalah satu perkara yang tidak asing buat kita disebabkan kita selalu mendapatkannya secara sedar atau tidak. Diantara contoh yang paling jelas adalah Insurans Kenderaan.  Insurans Kenderaan ini termasuk di dalam Perlindungan Am.


Diantara contoh lain Perlindungan Am adalah seperti:
  1. Insurans Kebakaran
  2. Insurans Kapal
  3. Insurans Barang dalam Rumah (Household Guard)
  4. Insurans Peralatan Industri
Perlindungan Hayat pula merangkumi perlindungan nyawa atau individu sendiri. Diantara contoh perlindungan hayat termasuklah:
  1. Medical & Health (perlindungan perbelanjaan rawatan perubatan)
  2. Endowment Insurance (perlindungan jangka masa pendek seperti Educational Insurance)
  3. Whole Life Insurance (perlindungan seluruh hayat)
  4. Investment Link Insurance (perlindungan berkait perlaburan)
Perlindungan Hayat ini adalah satu perlindungan yang sering diabaikan atau terlepas pandang terhadap kepentingannya oleh seseorang individu. Ini mungkin kerana kesedaran yang masih rendah tentang kepentingan untuk mendapatkan Perlindungan Hayat. Perlindungan Hayat yang saya maksudkan adalah lebih kepada Keperluan terhadap Medical & Health seperti Medical Kad dan Pampasan disebabkan oleh Kematian Semulajadi, Kematian Kemalangan, Kecacatan Kekal dan Penyakit Kritikal.